Ramsay Sime Darby Healthcare (RSDH) mendermakan empat unit alat ventilator atau alat bantu pernafasan kepada Hospital Selayang susulan penularan wabak Covid-19.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Greg Brown, langkah tersebut diambil bagi menyokong sektor kesihatan awam di negara ini.
“Kami percaya sumbangan RSDH dapat membendung masalah kekurangan alat ventilator di hospital awam dan memastikan sektor berkenaan dapat memberikan rawatan terbaik kepada pesakit Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sehingga kini, Malaysia merekodkan sebanyak 3,116 kes jangkitan Covid-19 dengan 50 kematian.
Sementara itu, RSDH turut menawarkan ujian pengesanan Covid-19 di beberapa hospital.
Antaranya di Subang Jaya Medical Centre, Ara Damansara Medical Centre and ParkCity Medical Centre.
“Keputusan (pemeriksaan) akan diperolehi dalam masa 24 hingga 48 jam dengan harga RM 630,” katanya.
Source: MalaysiaKini