4 MAY 2017: Selepas dinobatkan pemenang anugerah Destinasi Pelancongan Perubatan Terpilih buat tiga tahun berturut-turut oleh International Medical Travel Journal (IMTJ), Malaysia Healthcare menganjurkan kempen menderma darah hari ini, bagi membantu menampung keperluan bekalan darah semasa. Usaha ini adalah sebahagian daripada kempen “Share My Love”, dengan kerjasama Astro Awani dan disokong oleh Pusat Darah Negara (PDN).
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Healthcare, Sherene Azli berkata “Kempen menderma darah ini adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat kami, sebahagian daripada kempen “Share My Love”, melambangkan bahawa rakyat Malaysia sangat peramah dan mesra. Ini adalah sambungan kepada kempen “Malaysia Loves You”, yang dilancarkan pada 2016. “Share My Love” mempunyai matlamat untuk mengetengahkan kualiti-kualiti unik Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan terpilih”.
Kempen menderma darah ini memberi kesedaran kepada peranan yang dimainkan oleh setiap individu dalam membantu dalam situasi-situasi kecemasan. Menderma darah secara kerap penting kerana ia membantu dalam memastikan bekalan stok darah mencukupi dan berada pada paras selamat sebelum sebarang situasi kecemasan berlaku.
Bagaimanapun, hanya 2.2% daripada 30 juta rakyat Malaysia menderma darah, satu angka yang sangat rendah berbanding dengan negara-negara maju lain yang mencatatkan antara 3.5-5% penderma. Secara purata, pihak hospital perlu menyediakan hamper 2,000 beg darah untuk digunakan, bagi menampung lebih 1,000 pesakit setiap hari. Pada tahun 2014, 675,315 beg darah berjaya dikutip dari seluruh negara menerusi kempen “Perkhidmatan Perubatan Transfusi” anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Angka ini meningkat kepada lebih 28,000 beg darah pada tahun 2015. (sumber: Kementeriaan Kesihatan Malaysia)
Dalam pada itu, PDN melancarkan kempennya tersendiri dengan slogan “Sekali Menderma Darah Mampu Menyelamatkan Tiga Nyawa”, bagi mengalakkan orang ramai menderma darah.
Jangka hayat pendek beberapa komponen darah adalah sebab utama mengapa bekalan darah sentiasa perlu berada pada paras selamat. Sel darah merah boleh bertahan maksimum 42 hari, platlet pula antara lima hingga tujuh hari dan plasma pula, jika dibeku dan disimpan dengan betul, boleh bertahan selama beberapa tahun.
“Memandangkan rakyat Malaysia terkenal dengan sifat murah hati, kami yakin sasaran untuk menambah bekalan darah di PDN mampu dilakukan. Hanya sekali menderma darah oleh seorang individu, mampu menyelamatkan tiga nyawa” tambah Sherene.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro Awani, Suhaimi Sulaiman, “Dalam menyokong semangat kempen “Share My Love” oleh Malaysia Healthcare, kami berharap kempen menderma darah ini mampu membantu mereka yang memerlukannya. Kami sangat bangga menyertai usaha murni ini dan dapat memberi kembali kepada rakyat”.
Tambah Sherene lagi, “Kami amat berbesar hati ke atas kemenangan tiga tahun berturut-turut di majlis anugerah International Medical Travel Journal (IMTJ) di Opatija, di mana Malaysia sekali lagi diiktiraf sebagai “Destination of the Year”. Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), buat julung kalinya memenangi anugerah “Health and Medical Tourism Cluster of the Year” di majlis yang sama. Anugerah ini memberi pengiktirafan usaha kelompok pelancongan kesihatan atau perubatan atau sesuatu persatuan, yang menampilkan kualiti unik dalam menganjurkan, mengelola dan mendorong organisasi-organisasi pelancongan perubatan atau kesihatan dibawah naungannya.
Beberapa hospital swasta dari Malaysia turut diiktiraf pada majlis yang sama. Antaranya:
Anugerah IMTJ ini membuktikan kejayaan Malaysia Healthcare dalam menyambung jurang dikalangan pelancongan kesihatan antarabangsa. Malaysia juga baru-baru ini diundi oleh International Living sebagai “Best Country in the World for Healthcare” dalam Indeks tahunan Global Retirement bagi tahun 2015-2017. Ini menambah lagi kepada pengiktirafan yang diberi kepada negara.
Menurut Sherene “Malaysia Healthcare akan bekerja lebih keras untuk mengukuhkan rantaian-nilai pelancongan, menerusi tiga kunci utama iaitu kemudahan industri, menggunakan pemasaran digital secara agresif dan kemampanan perkembangan. Matlamat kami untuk terus memberikan kelainan dalam kemudahan bertaraf dunia yang ditawarkan, termasuk memastikan terdapat bekalan darah yang mencukupi di dalam negara bagi mereka yang memerlukan. Inilah sebab utama kami menganjurkan kempen mederma darah ini sebagai sebahagian daripada tanggunjawan social korporat Malaysia Healthcare”.
Sebahagian daripada usaha menyebarkan intipati Malaysia Healthcare, “Share My Love” dilancarkan awal tahun ini, sebagai penyambungan kepada kempen “Malaysia Loves You” yang dilancarkan pada 2016. “Share My Love” membawa maksud kasih saying, penyatuan dan kebaikkan, dan menjemput semua orang untuk dating ke Malaysia dan mengalami sendiri penjagaan kesihatan yang hebat dan menyelami dalam kemesraan rakyat Malaysia. Konsep ini merangkumi intipati penjagaan kesihatan di Malaysia, yang menyediakan penjagaan rapi, belas kasihan dan kemesraan. Kasih sayang ini dan semangat mengalu-alukan, ingin disampaikan oleh Malaysia Healthcare.
#sharemylove ingin mengetengahkan kualiti unik Malaysia, sebagai destinasi pelancongan kesihatan pilihan. Untuk maklumat lanjut, layari www.mylovesyou.com.