Malaysia Healthcare Menang Pengiktirafan “Organisasi Pelancongan Perubatan Terbaik”

2017 Asia Pacific Healthcare & Medical Tourism Awards

BALI, INDONESIA, 19 MEI – Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) telah diisytiharkan “Medical Travel Organisation of the Year” (Organisasi Pelancongan Perubatan Terbaik) untuk tahun 2017 di 2017 Asia Pacific Healthcare & Medical Tourism Awards di Bali hari ini. Sebelum itu, MHTC telah meraih kemenangan sebagai “Kelompok Pelancongan Kesihatan dan Perubatan” (Health and Medical Tourism Cluster of the Year) di Anugerah International Medical Travel Journal 2017 (IMTJ) April lalu. Pencapaian ini mengukuhkan reputasi MHTC sebagai agensi penyelaras dalam usaha untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi global terkemuka untuk penjagaan kesihatan. Malaysia juga telah dinamakan sebagai “Destination of the Year” (Destinasi Terbaik) untuk tahun ketiga berturut-turut di Anugerah IMTJ.

Untuk anugerah 2017 Asia Pacific Healthcare & Medical Tourism Awards, panel hakim mencari organisasi yang mengekalkan standard yang tinggi secara konsisten dalam memberikan penjagaan berkualiti dan berusaha untuk memuaskan kehendak pelanggan pada setiap peringkat dan interaksi. Organisasi ini kemudiannya akan dinilai secara telus untuk memahami kedudukan organisasi tersebut di dalam pasaran, pelan pertumbuhan untuk masa depan, pencapaian serta prestasi syarikat, semua ini akan diambil kira.

Pencarian pemenang perlu melalui empat peringkat; pengetahuan industri kesihatan pihak Global Health and Travel (GHT), penyelidikan pasaran pihak AB Bernstein, panel hakim yang terdiri dari pakar dari industri, dan tinjauan pengguna di setiap peringkat dan proses. Proses menyeluruh ini dapat digunapakai sebagai petanda aras dalam industri ini.

Selain itu, beberapa hospital ahli Malaysia Healthcare turut memenangi anugerah pada majlis tersebut. Anugerahnya adalah:

  • 2017 Malaysia Hospital of the Year (Hospital Malaysia Terbaik 2017)- KPJ Healthcare Berhad
  • 2017 Cardiology Service Provider of the Year (Khidmat Rawatan Kardiologi Terbaik 2017) – Institut Jantung Negara
  • 2017 Orthopaedics Service Provider of the Year (Khidmat Rawatan Ortopedik Terbaik 2017)
    • KPJ Healthcare Berhad
    • Sunway Medical Centre
  • 2017 Fertility Service Provider of the Year (Khidmat Rawatan Kesuburan Terbaik 2017)
    • TMC Fertility Centre
    • Mahkota Medical Centre
  • 2017 Paediatrics Service Provider of the Year (Khidmat Rawatan Pediatrik Terbaik 2017 – Prince Court Medical Centre
  • 2017 Dental Service Provider of the Year (Khidmat Rawatan Pergigian Terbaik 2017) – Beverly Wilshire Medical Centre
  • 2017 Ophthalmology Service Provider of the Year (Khidmat Rawatan Oftalmologi Terbaik 2017) – ISEC International Specialist Eye Centre
  • Nominated for 2017 Asia Pacific Best Hospital of the Year (Pencalonan bagi Hospital Terbaik Asia Pasifik 2017): Sunway Medical Centre

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Healthcare, Puan Sherene Azli berkata, “Anugerah ini merupakan satu kejutan yang tidak disangka, terutamanya selepas kemenangan bersejarah kami di IMTJ bulan lepas. Kami bersyukur kerana Malaysia semakin diterima sebagai destinasi kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia pada harga yang berpatutan dan MHTC sebagai sebuah agensi yang disokong sepenuhnya kerajaan Malaysia di bawah naungan Kementerian Kesihatan, juga menerima pengiktirafan antarabangsa.

Anugerah ini membuktikan kejayaan MHTC sebagai pengantara dalam mengukuhkan hubungan antara perkhidmatan penjagaan kesihatan negara dengan antarabangsa. Antara anugerah lain yang diraih, termasuk “Negara Terbaik Dunia untuk Penjagaan Kesihatan” (Best Country in the World for Healthcare) daripada International Living’s Annual Global Retirement Index bagi tahun 2015 sehingga 2017 dan “Public Private Partnership Medical Travel Destination of the Year” (Perkongsian Awam Swasta Destinasi Penjagaan Kesihatan Terbaik Tahun 2015) di 8th Annual World Medical Tourism & Global Healthcare Congress.

Terdahulu, Sherene telah dijemput untuk mengambil bahagian sebagai panel jemputan dalam forum di 2017 Asia Pacific Healthcare & Medical Tourism Conference. Beliau menyentuh mengenai cabaran yang perlu ditangani dan masa depan teknologi pintar dalam penjagaan kesihatan serta peranan yang sentiasa berubah dalam bidang khidmat penjagaan kesihatan. Topik beliau, “The Growth of Malaysia Healthcare” (Perkembangan Malaysia Healthcare), Puan Sherene berkongsi dengan perwakilan forum, peningkatan mendadak Malaysia dalam sektor pelancongan kesihatan.

MHTC adalah sebuah agensi yang ditubuhkan pada 2009, dibawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia, untuk memajukan dan membantu menyelaras industri pelancongan kesihatan Malaysia. Mengulas mengenai kemenangan Malaysia Healthcare di IMTJ, Sherene turut menambah, “Kemenangan “Destination of the Year” (Destinasi Terbaik) buat kali ketiga berturut-turut secara tidak langsung meningkatkan lagi jangkaan, maka kami juga harus berkerja lebih keras untuk mencapai jangkaan tersebut. Bersama dengan ahli-ahli hospital kami sebagai pemacu utama, kami akan maju ke hadapan bagi memastikan kemampanan jangka panjang industri. Malaysia mempunyai ekosistem dan infrastruktur yang melengkapi perkhidmatan penjagaan kesihatan dari mula-ke-akhir bertaraf dunia, sekarang kami perlu meningkatkan kesedaran perkhidmatan ini ke peringkat antarabangsa “.

Sebahagian daripada usaha untuk meyampaikan initipati Malaysia Healthcare, kempen “Share My Love” telah dilancarkan. Kempen tersebut merupakan sambungan kepada kempen sebelum ini “Malaysia Loves You” yang dilancarkan pada 2016. “Share My Love” mengandungi amanat kasih sayang, perpaduan dan kemurahan hati, dan menjemput semua orang untuk mengalami pengalaman penjagaan kesihatan Malaysia dan hayati kemesraan Malaysia. Konsep ini merangkumi intipati penjagaan kesihatan di Malaysia iaitu penjagaan baik, perasaan belas kasihan dan kemesraan. Kasih sayang ini dan semangat mengalualukan, yang ingin disampaikan oleh Malaysia Healthcare dan menjemput semua orang untuk datang ke Malaysia.

Anugerah 2017 Asia Pacific Healthcare and Medical Tourism merupakan kerjasama di antara dua pihak, GHT dan AB Bernstein. Anugerah ini merupakan perhimpunan penjagaan kesihatan utama di Asia, dengan perwakilan yang terdiri daripada eksekutif tahap-C dan pengurusan kanan. Acara ini meraikan dan memberi penghormatan penyedia penjagaan kesihatan yang telah mengekalkan standard yang tinggi secara konsisten untuk menyampaikan nilai pelanggan dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan dari segi inisiatif yang boleh meningkatkan cara penjagaan kesihatan itu diserahkan melalui bidang-bidang seperti kepimpinan, inovasi teknologi, perkhidmatan pelanggan dan pembangunan produk strategik.