PERKHIDMATAN perubatan berkualiti tinggi di pusat perubatan swasta di Sabah berupaya merancakkan pelancongan kesihatan negeri.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perkhidmatan yang ditawarkan Hospital Pakar KPJ Sabah, seperti Pusat Radioterapi dan Onkologi, bukan sahaja memanfaatkan rakyat di negeri tersebut, khususnya pesakit kanser,malah berupaya menarik pesakit dari luar negara.
Menurut Mohd Shafie, penubuhan pusat itu, yang pertama oleh sebuah pusat perubatan swasta di Sabah, akan memberangsangkan lagi landskap perkhidmatan kesihatan untuk lebih dinamik, bukan sahaja di Sabah, tetapi juga di rantau ini.
Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata pusat radioterapi dan onkologi itu, yang ditubuhkan dengan kos RM13 juta dan beroperasi sejak Mei tahun lepas, memberi kemudahan kepada pesakit dari Sabah, khususnya pesakit kanser, untuk mendapatkan perkhidmatan dalam negeri.
]]>