International Medical Travel Journal Awards
CROATIA, 26 APRIL – Malaysia amat berbesar hati apabila sekali lagi diberi pengiktirafan sebagai “Destination of the Year” (Destinasi Terbaik) di majlis anugerah International Medical Travel Journal (IMTJ), di Opatija hari ini. Diakui sebagai destinasi kesihatan yang terunggul di persada dunia, memartabatkan Malaysia sebagai penyedia penjagaan kesihatan yang pembawa pembaharuan dengan kualiti bertaraf dunia.
Menerima anugerah ini, meningkatkan lagi taraf Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan. Setelah dianugerahkan sebagai “Destination of the Year” buat tiga tahun berturut-turut pada tahun 2015, 2016 dan kini 2017, Malaysia Healthcare perlu berusaha lebih gigih untuk mengukuhkan rantaian nilai pelancongan sebagai pernyataan keseluruan melalui tiga prinsip utama iaitu, pendorongan industri, pemasaran digital secara terperinci dan pembangunan lestari.
Anugerah ini dihakimi oleh 23 orang panel juri, yang dipilih berdasarkan kepakaran mereka dalam sektor pelancongan perubatan seperti Keith Pollard, Ketua Editor IMTJ, merangkap Pengerusi Panel Juri, United Kingdom; Ilan Geva, Presiden Ilan Geva & Friends, Amerika Syarikat; Dr Claudia Mika, Pengarah Urusan Temos International GmbH, Jerman; Dato’ Dr Jacob Thomas, Presiden Persatuan Hospital-Hospital Malaysia (APHM), Malaysia; dan Elizabeth Ziemba, Presiden Medical Tourism Training Inc, Amerika Syarikat, antara namanama juri elit dalam panel.
Para juri menghakimi kecemerlangan secara menyeluruh dalam kaedah memajukan pelancongan perubatan, mengesahkan ilmu statistic pelancong kesihatan yang dirawat, bukti tercapainya kepuasan layanan pesakit dan penyelarasan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan pelancong perubatan.
“Kami rasa amat rendah diri dengan pengiktirafan ini yang diberikan buat kali yang ketiga. Kami perlu memastikan anugerah yang diberi dikekalkan dan dipegang teguh. Selepas berjaya mewujudkan kesedaran bahawa Malaysia berdaya maju sebagai destinasi pelancongan perubatan terkemuka, kami perlu meningkatkan kesedaran itu kepada tahap yang lebih tinggi lagi. Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan” kata Sherene Azli, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Healthcare.
Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), atau lebih dikenali sebagai Malaysia Healthcare, juga buat julung kalinya, memenangi anugerah “Kelompok Pelancongan Kesihatan dan Perubatan” (Health and Medical Tourism Cluster of the Year). Anugerah ini memberi pengiktirafan terhadap usaha gigih sesebuah persatuan atau kelompok pelancongan kesihatan atau perubatan, dalam mengatur, mengurus dan mengelola pertubuhan serta organisasi pelancongan kesihatan dan perubatan dibawah naungannya.
Sebagai agensi penyelaras, MHTC, berusaha untuk memudahkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan di Malaysia, termasuk membina perkongsian strategic swasta-awam dalam negeri dan antarabangsa, dalam usaha meningkatkan kelancaran akses bagi pesakit antarabangsa menerima penjagaan kesihatan di Malaysia.
Hospital-hospital swasta di Malaysia juga merangkul beberapa anugerah di majlis ini. Antaranya ialah;
“IMTJ berbesar hati memberi anugerah ini kepada Malaysia, MHTC dan hospital-hospital swasta di Malaysia, sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan cemerlang yang disediakan, kepada semua pelancong kesihatan dari seluruh dunia. Tanpa sebarang sangsi, Malaysia Healthcare semakin disegani dan terkenal di mata dunia penjagaan kesihatan” komen Keith Pollard, Ketua Editor IMTJ dan Ketua Pegawai Eksekutif Intuition Communications Ltd, ibu syarikat IMTJ”
Anugerah IMTJ ini membuktikan kejayaan Malaysia Healthcare dalam mewujudkan persefahaman di kalangan industri pelancongan kesihatan antarabangsa, dan menambah lagi kepada senarai penghargaan yang diterima, termasuk “Negara Terbaik di Dunia untuk Penjagaan Kesihatan” (Best Country in the World for Healthcare) oleh International Living’s Annual Global Retirement Index 2015-2017, dan “Destinasi Pelancongan Kesihatan Perkongsian Swasta Awam” (Public Private Partnership Medical Travel Destination of the Year) di Kongres Tahunan Pelancongan Perubatan Dunia & Kesihatan Antarabangsa yang ke-8 (8th Annual World Medical Tourism & Global Healthcare Congress).
MHTC adalah sebuah agensi yang ditubuhkan pada 2009, dibawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia, untuk memajukan dan membantu menyelaras industri pelancongan kesihatan Malaysia. Sherene Azli, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Healthcare berkata, “Malaysia mempunyai sistem yang saling bergantung antara satu sama lain dan rangka asas yang sedia ada, bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan dari mula hingga akhir bertaraf dunia. Diberi pengiktirafan “Health and Medical Tourism: Destination of the Year” bukan sahaja menyerlahkan kekuatan negara tetapi melonjakkan Malaysia kepada tahap lebih tinggi di persada antarabangsa”
“Kami amat berbesar hati menerima anugerah-anugerah ini dari IMTJ. Penjagaan kesihatan di Malaysia senang diakses, harganya amat berpatutan dan kualitinya bertaraf dunia. Keselamatan dan penjagaan pesakit amat dititik-beratkan dan terjamin menerusi mandat pengawalaturan kerajaan yang ketat, ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Hospital-Hospital Swasta Malaysia (APHM), Pelancongan Malaysia, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Jabatan Imigresen Malaysia dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), berganding bahu dalam mengikhtiarkan industri ini untuk negara secara keseluruhannya. Kami amat berbangga dunia mula mengambil perhatian terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi yang mampu ditawarkan oleh Malaysia”, tambah lagi Sherene Azli.
Sebahagian daripada usaha untuk meyampaikan initipati Malaysia Healthcare, kempen “Share My Love” dilancarkan. Ia adalah sambungan kepada kempen sebelum ini “Malaysia Loves You” yang dilancarkan pada 2016. “Share My Love” mengandungi amanat kasih sayang, perpaduan dan kemurahan hati, dan menjemput semua orang untuk mengalami pengalaman penjagaan kesihatan Malaysia dan hayati kemesraan Malaysia. Konsep ini merangkumi intipati penjagaan kesihatan di Malaysia iaitu penjagaan baik, perasaan belas kasihan dan kemesraan. Kasih sayang ini dan semangat mengalu-alukan yang ingin disampaikan oleh Malaysia Healthcare dan menjemput semua untuk datang ke Malaysia.
Majlis ini dianjurkan oleh IMTJ, yang ditubuhkan pada 2007. Majlis tahunan ini, IMTJ Medical Travel Awards, adalah satu majlis anugerah berprestij yang memberi pengiktirafan terhadap pembaharuan, kecemerlangan dan amalan baik dalam sektor pelancongan perubatan dan kesihatan, dan ia dihakimi oleh satu panel pakar perubatan yang bebas. Majlis anugerah ini dianjurkan sempena Sidang Kemuncak Pelancongan Perubatan IMTJ, yang berlangsung pada April 25-27 di Opatija.