KUALA LUMPUR, Feb 29 (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd (MAS) has entered into a Memorandum of Understanding (MoU) with Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) to promote Malaysia as a premier medical tourism destination.
In a statement, MAS said it would be positioned as MHTC's preferred healthcare tourism airline under the MOU.
"Both parties would jointly explore marketing activities to position Malaysia as the premier healthcare destination regionally and globally," MAS said, adding that it would support MHTC with sponsored tickets for familiarisation trips to Malaysia.
This will also be supplemented with discounted rates for guests travelling to Malaysia for medical tourism purposes.
"The offer begins today and is valid for a period of one year," it said. MAS Chief Commercial Officer Paul Simmons said as the country's national airline, it was fully supportive of the country as the leading destination for medical tourism. "Guests who choose Malaysia for health tourism will have the opportunity to benefit from the internationally accredited medical facilities, as well as, the beauty and tranquility of Malaysia to recuperate in.
"Our comprehensive network within the country is the perfect complement to this, as the best way to fly to, from and around Malaysia," he said.
Meanwhile, MHTC Chief Executive Officer Sherene Azli said with the strong backing of the government, the assurance of quality health care and the accolades received, it certainly reinforced the fact that Malaysia had all the makings to become the world's leading healthcare provider.
Malaysia Airlines & MHTC Jalin Kerjasama Promosi Malaysia Sebagai Destinasi Penjagaan Kesihatan Global
KUALA LUMPUR, 29 Feb (Bernama) -- Malaysia Airlines Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis Pengembaraan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan perubatan utama.
Dalam satu kenyataan, Malaysia Airlines berkata syarikat akan diletakkan sebagai syarikat penerbangan pelancongan penjagaan kesihatan pilihan di bawah MOU berkenaan.
"Kedua-dua pihak akan bersama-sama meneroka aktiviti pemasaran untuk menempatkan Malaysia sebagai destinasi penjagaan kesihatan premier di peringkat serantau dan dunia," demikian menurut Malaysia Airlines dan menambah yang syarikat akan menyokong MHTC dengan tiket tajaan bagi lawatan suai kenal ke Malaysia.
Ini juga akan melibatkan kadar diskaun bagi mereka yang ke Malaysia bagi tujuan pelancongan perubatan.
"Tawaran bermula hari ini dan sah selama setahun," katanya.
Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines Paul Simmons berkata sebagai syarikat penerbangan negara, syarikat menyokong penuh usaha negara sebagai destinasi utama bagi pelancongan perubatan.
"Mereka yang memilih Malaysia bagi pelancongan kesihatan berpeluang mendapat faedah daripada kemudahan perubatan yang mendapat akreditasi antarabangsa, serta keindahan Malaysia untuk pulih.
"Rangkaian kami yang menyeluruh di dalam negara adalah pelengkap utama bagi tujuan ini, sebagai cara terbaik untuk pergi dan balik dan di seluruh Malaysia," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MHTC Sherene Azli berkata dengan sokongan kukuh daripada kerajaan, jaminan penjagaan kesihatan berkualiti dan anugerah yang diterima, pastinya memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia untuk menjadi penyedia penjagaan kesihatan terkemuka di dunia.
-- BERNAMA