InsigHT2017 Bincang perubahan Lanskap Pelancongan Kesihatan

Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) menganjurkan persidangan selama dua hari berkaitan peluang dan trend pelancongan kesihatan

KUALA LUMPUR, September 26, 2017 – Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) yang juga dikenali sebagai Malaysia Healthcare telah melancarkan persidangan ‘InsigHT2017’, yang mengumpulkan pengamal daripada industri kesihatan dari seluruh dunia untuk membincang dan menilai cabaran terkini, trend dan pandangan umum dalam industri pelancongan dan penjagaan kesihatan .

Persidangan tahunan yang berlangsung untuk tahun kedua di Connexion @ The Vertical, Bangsar South, ini melibatkan dua hari yang penuh dengan perbincangan dan pembentangan kajian-kajian kes oleh pakarpakar industri kesihatan ke arah meneruskan usaha-usaha mempromosi pelancongan kesihatan secara menyeluruh. Selain itu, InsigHT2017 juga menyediakan landasan yang menarik untuk penceramahpenceramah utama saling bertukar pandangan dan pendapat dengan pakar industri tentang cabaran perkhidmatan dan peluang-peluang dalam bidang pelancongan kesihatan.

“Pasaran bagi industri pelancongan dan penjagaan kesihatan kini sedang semakin berkembang pesat. Ini merupakan salah satu sebab utama mengapa pemain industri ini perlu sentiasa memperlengkapkan diri dengan maklumat mengenai kemunculan peluang-peluang baru, amalan terbaik dan inovasi terkini yang boleh memberi impak positif kepada industri kesihatan negara. Justeru, penganjuran InsigHT 2017 ini adalah untuk menyediakan satu forum yang khusus bagi membincangkan cabaran utama pasaran dan membekalkan pengetahuan kepada para peserta terhadap beberapa trend yang membentuk bidang pelancongan kesihatan. Persidangan ini juga menyediakan platform kepada peneraju industri untuk berkongsi pandangan unik mereka mengenai masa depan industri pelancongan dari perspektif mereka,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Sherene Azli.

Persidangan InsigHT 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, yang juga menyampaikan ucaptama dalam persidangan berkenaan. Dalam ucapannya, beliau menggesa kesemua ejen dalam rangkaian nilai penjagaan kesihatan untuk terus bekerjasama dalam meneruskan usaha memperbaiki industri, “Kerajaan amat menyedari bahawa Malaysia mempunyai potensi besar dalam bidang pelancongan kesihatan dan usaha bersepadu juga telah disediakan untuk mempromosi negara sebagai destinasi pelancongan kesihatan pilihan. Dengan mengambil kira trend global dan kapasiti domestik di bawah NKEA kita, salah satu fokus utama adalah untuk membawa kedua-dua sektor awam dan swasta bekerjasama di satu landsan justeru mewujudkan asas yang tepat dalam sistem penjagaan kesihatan kita.”

“Tidak dinafikan, usaha bersama semua pihak berkepentingan lain seperti Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Tourism Malaysia, MATRADE, MIDA, pihak berkuasa Imigresen, pengendali agensi pelancongan , hotel dan pemain industri lain adalah penting dalam memperluaskan lagi industri ini,” tambah beliau lagi.

InsigHT2017 juga menampilkan ahli panel industri dan penceramah dari pelbagai negara termasuk Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Sherene Azli, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Dato ‘Dr. Jacob Thomas, dan Konsultan Projek TEHealthcare Asia, Anwar Anis dari Malaysia; Pengurus Editor Jurnal Perjalanan Perubatan Antarabangsa (IMTJ), Keith Pollard, dari UK; , Ketua Pegawai Eksekutif TransformHealth Asia, Dr. HM Goh, dari China; dan Pengarah Perancangan Strategik Ogilvy Commonhealth, Lexi Fletcher, dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Health & Travel, Varun Panjwani, dari Singapura.

“Dengan mewujudkan persidangan interaktif seperti InsigHT2017, Penjagaan Kesihatan Malaysia telah menunjukkan komitmen dan dedikasinya dalam memajukan industri ini ke hadapan. Tajuk-tajuk komprehensif yang diketengahkan pada persidangan itu, telah terbukti bermanfaat, terutama bagi mereka yang ingin mengetahui mengenai perkembangan terbaru dalam industri pelancongan kesihatan, “kata Sherene Azli lagi.

InsigHT 2017 telah meliputi pelbagai pelbagai topik antaranya mengenai Keadaan Pasaran Global Pelancongan Perubatan, Trend Global Pelancongan Perubatan APAC, Perkhidmatan Perubatan di luar India, Mengubah (disrupt) Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan, Memanfaat Konten Digital, adalah antara tajuk-tajuk yang diliputi di InsigHT 2017 dalam pelbagai format Persidangan itu juga menyediakan peluang rangkaian berharga untuk para peserta bertemu, belajar, dan mendapat inspirasi oleh para peneraju dan pengamal industri.

Sila layari www.mhtc.org.my/insigHT2017 untuk keterangan lanjut tentang persidangan tersebut.