ALPS Medical Centre: Pusat perubatan butik signatur

ALPS Medical Centre: Pusat perubatan butik signatur

ALPS Medical Centre: Pusat perubatan butik signatur

Bersama teknologi dan pendekatan terkini dalam penjagaan klinikal, ALPS Medical Centre (ALPS), yang diuruskan TMC Global Holdings Sdn Bhd, syarikat subsidiari ALPS Global Holdings Bhd menawarkan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada komuniti.

Pengasasnya, Profesor Datuk Seri Dr SK Tham berkata, ALPS adalah sebuah pusat perubatan butik signatur yang menyediakan perkhidmatan bermutu dan mencipta rekod memberangsangkan dalam bidang perubatan estetika, kosmetik, rekonstruktif dan pemakanan untuk gaya hidup yang lebih sihat sejak 2016.

Dr Tham berkata, sebagai penyedia perkhidmatan terkenal dan pilihan di Malaysia serta rantau ini, ALPS terus mengambil langkah memperkenalkan inovasi-inovasi baharu bersama penyediaan persekitaran rawatan yang terbaik bagi keselesaan pelanggan.

“Terbaharu, ALPS menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan, khasnya pengesanan awal kanser bagi pelanggan seawal usia 30 tahun”, katanya.

Tambahnya, ALPS Medical Centre telah bertapak sebagai sebuah pusat perubatan butik yang mempunyai reputasi tinggi dan pilihan ramai dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam bidang penuaan yang sihat, perubatan plastik, rekonstruktif, kosmetik dan estetika terkini, serta perkhidmatan kesejahteraan pada kadar berpatutan.

“Terdiri daripada pengamal perubatan dan kakitangan penjagaan kesihatan yang profesional dan berpengalaman, ALPS Medical Centre turut dilengkapi peralatan berteknologi terkini dan kemudahan kelas dunia.

“Ia turut memenuhi kelayakan dan pensijilan Kementerian Kesihatan Malaysia, selain merupakan Ahli Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dan Persatuan Perubatan Anti-Penuaan Aestetik Rejeneratif Malaysia (SAAaRMM),” katanya.

Selain perkhidmatan saringan kesihatan, katanya, ALPS juga merupakan pakar dalam bidang perkhidmatan aestetik.

“Malah, ALPS turut menyediakan khidmat rundingan dan panduan pemakanan profesional untuk gaya hidup yang lebih sihat.

“Pakar-pakar pemakanan kami berupaya membantu dalam pelbagai cara, khususnya dalam pengambilan makanan, nutrisi dan gaya hidup bagi membolehkan pelanggan menikmati kehidupan lebih baik,” katanya.

Source: Sinar Harian

]]>