Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Sherene Azli berkata, ‘Share My Love’ dipilih kerana mencerminkan keramahan, kasih sayang, penjagaan rapi dan perikemanusiaan yang menjadi teras kepada industri hospitaliti di Malaysia.
“Share My Love bermatlamat menyampaikan mesej ‘Malaysia Loves You’ secara lebih meluas. Kempen yang akan berterusan sehingga tahun depan mengalu-alukan semua orang untuk datang dan merasai sendiri penjagaan kesihatan yang menakjubkan di Malaysia,” katanya dalam pelancaran #sharemylove di sini hari ini.
Kempen berkenaan turut memilih tujuh pelukis tersohor untuk menyampaikan mesej kasih sayang menerusi karya seni mereka. – UTUSAN ONLINE